Friday, July 28, 2023

KULIT KERANG


_Ini kisah tentang anak lelaki yang belum genap 10 tahun, tetapi bersikap dewasa. Dengan berani dia membeli boneka beruang dengan kulit kerang demi adik perempuannya._

_Suatu hari, seorang anak lelaki yang belum genap 10 tahun, pergi ke pusat perniagaan dengan adiknya yang masih kecil._

_Ketika mereka sedang berjalan-jalan, tiba-tiba sang adik berhenti di depan pintu kedai. Rupanya di situ adalah sebuah kedai menjual mainan. Di kedai menjual mainan itu nampak ada banyak boneka._

_Wajah sang adik sangat terpesona pada boneka yang ada di dalam kedai tersebut._

_Sang abang kemudian bertanya:_ _*"Apakah kamu menginginkan sesuatu?"*_

_Sang adik pun menunjuk satu boneka beruang yang ada di kedai tersebut._

_Seperti orang dewasa, si abang ini masuk ke dalam kedai. Usianya belum genap 10 tahun namun ia dengan berani berkata pada sang pemilik kedai:_ _*"Berapa harga boneka ini, Pakcik?"*_ _Si abang berkata sambil menunjuk ke boneka beruang yang sudah diambil oleh adiknya._

_Sang pemilik kedai sesaat terkejut. Ia merasa terkejut dengan sikap anak lelaki yang berfikiran dewasa dan ambil perhatian pada adiknya itu._

_Sang pemilik kedai yang baik hati dan pemurah ini kemudian menjawab:_ _*"Berapa banyak yang dapat kamu bayar, Nak?"*_
_Tiba-tiba sang anak lelaki itu mengeluarkan_ _*kulit kerang*_ _dari poket seluarnya, kerang-kerang yang ia kumpulkan dari pantai itu diletakkannya di meja depan pemilik kedai._
_Tanpa berkata sepatah kata pun, sang pemilik kedai ini mengambili satu per satu kerang tersebut. Ia kemudian menghitung kerang-kerang itu seakan sedang menghitung wang._

_Dengan wajah takut dan sedikit cemas, anak ini berkata lagi:_ _*"Apakah kerang-kerang itu kurang, Pakcik?"*_

_Sambil tersenyum, sang pemilik kedai itu menjawab:_ _*"Oh, tidak, tidak. Ini bahkan lebih dari cukup! Aku harus mengembalikan kepada kamu sisanya."*_

_Sang pemilik kedai kemudian mengambil empat kerang itu dan mengembalikan sisanya pada si anak lelaki itu. Wajah anak ini kemudian terlihat sangat bahagia._ _Ia pun mengambil kerang-kerang sisanya dan memasukkannya lagi ke poket seluarnya. Ia kemudian tersenyum pada adiknya yang sudah memeluk boneka barunya dengan sangat senang. Mereka berdua kemudian keluar dari kedai dengan gembira._

_Salah satu peniaga yang melihat hal itu kemudian berkata:_ _*"Encik, bagaimana mungkin kamu memberikan sebuah boneka yang mahal hanya dengan bayaran empat kulit kerang tak berharga ini?"*_

_Pemilik kedai itu menjawab:_ _*"Nah, bagi kita tentu ini hanyalah sekadar kerang tak berharga, namun bagi anak itu kerang-kerang tadi merupakan harta yang tak ternilai."*_

_Setelah berhenti sejenak, pemilik kedai ini berkata lagi:_ _*"Kelak ketika ia dewasa, ia akan ingat pernah membeli sebuah boneka untuk adik kesayangannya dengan memakai kulit kerang, bukan wang. Pada saat itulah ia akan mengingat bahawa di dunia ini tentu masih ada orang baik. Dengan itu ia akan termotivasi untuk menjadi orang yang baik juga."*_

_Emosi baik yang kita tebarkan akan menyebar kepada orang lain._

_Jika setiap kita selalu menyebarkan kebaikan, niscaya dunia akan dipenuhi kebaikan._

_Mari kita tetap berbuat kebaikan sekalipun kerana itu, kita harus disisihkan, dituduh, bahkan difitnah serta dibenci oleh mereka, kerana pada akhirnya, urusan kita bukan dengan mereka yang membenci kita._

_Dan, pada saatnya, cepat atau lambat, kebaikan kita akan membahagiakan bukan saja diri kita sendiri, tetapi juga orang lain._

_"Siapa mengejar kebaikan, berusaha untuk dikenan orang, tetapi siapa mengejar kejahatan akan ditimpa kejahatan.